SYARIKAT MHH HIDRO ENGINEERING SERVICES (SA0089643-X) A-5-10 EMPIRE TOWER, SS 16/1 SUBANG JAYA, 47500 SUBANG, SELANGOR.HOT LINE 017-5157 555 / 017-5157 444.SILA KLIK KE WEB PORTAL KAMI DI "www.MHHHidro.com" &SYARIKAT PAKAR NO. 1 MALAYSIA DALAM PENGERUDIAN DAN PEMBINAAN TELAGA AIR BAWAH TANAH EKSPLORASI CETEK DIAMETER KECIL UNTUK KEGUNAAN DOMESTIK, TERNAKAN, PERTANIAN DAN KILANG KECIL SEDERHANA.BERSIH.
Jumaat, 24 Disember 2010
MHH HIDRO ENGINEERING SERVICES
Selasa, 17 Februari 2009
CARA-CARA KERJA
1. Kerja-kerja pengerudian dan pembinaan telaga air bawah tanah, eksplorasi cetek berdiameter kecil ini mengunakan kaedah Sistem Pengejetan iaitu menggunakan tekanan pancutan air dan tenaga manusia sepenuhnya untuk mengerudi lubang telaga.
(Lampiran Foto.1- Foto.4)
2. Pengerudian ini dijalankan untuk mencari lapisan akueiferiaitu satu lapisan air yang boleh digunakan untuk kegunaan domestik.
3. Lubang gerudi yang telah siap digali seterusnya akan dipasangkan dengan satu selongsong paip UPVC bersaiz 1 ½ inchi @ 40mmataupun 3 inci @ 80 mm bergantung pada permintaan pelanggan.Kemudian satu saringan atauskrin dengan kekerapan selang 2 cmsetiap satu akan dipasang ke didalam lapisan mengandungi akuifer ataupun air tanah tersebut.
(Lampiran Foto.1 & 2)
4. Bagi mengekalkan kualiti air tanah selamat untuk kegunaan domestic, kami telah memilih paip UPVC yang bermutu tinggi dan tahan mampat seperti berikut:-
Model BBB UPVC
Saiz PIPE 40mm PN12
Kelas “D”
SIRIM QAS to MS628 PT-1.1999
(Lampiran Foto.5 & Foto.6)
5. Selain dari Skrin UPVC kami juga akan memasang sejenis filtertambahan iaitu batu-batu gravel kecil tertentu setelah selasai kerja-kerja memasang paip UPVC kedalam lubang gerudi.
(Lampiran Foto.12)
6. Filter ini akan bertindak sebagai penapis silt danlempung bagi mengurangkan kehadiran silt dan lempung didalam saringan ataupun skrin.
7. Anggaran kedalaman minimum dan maksimum bagi kaedah pengerudian sistem Pengejetan ini adalah antara 10 M @ 33 kaki hingga30 M @ 100 kaki tetapi kebiasanya kedalaman lubang bergantung kepada dimana akueiferataupun paras air tanah di sesuatu kawasan berada.Bagi setiap kawasan yang lain paras air bawah tanah adalah berbeza.
8. Jangka hayat sesuatu telaga air bawah tanah adalah antara Sepuluh (10) hingga ke Dua Puluh (20) tahun dan bergantung kepada rutin selengaraan, penjagaan serta kegunaan. Manakala rutin penyelengaraan yang disyorkan adalah bagi setiap 10 @ 12 bulan sekali.
9. Setiap contoh air telaga bawah tanah yang diekstrakuntuk kegunaan domestik adalah digalakan untuk dihantar ke makmal bagi menguji dan memastikan kebersihan serta kandungan mineral, benda asing dalam air tersebut dapat diketahui.Dia ianya juga bergantung kepada permintaan pelanggan sendiri kerana melibatkan kos tambahan.
10. Untuk makluman bahan saringan @ skrin UPVC yang dipotong tidak akan bertindak balas dengan air tanah. Ini dapat memastikan kualiti air tanah yang di ekstrak untuk di kegunaan Domestik ataupun dihantar ke makmal bagi tujuan analisis adalah mewakili air yang sebenar.
MAKLUMAT SYARIKAT
NAMA SYARIKAT : MHH HIDRO ENGINEERING SERVICES (SA0089643-X)