Selasa, 17 Februari 2009

Perkhidmatan

Syarikat saya menjalankan perniagaan mengerudi air bawah tanah.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Askum saudara shah. Saya tertarik dengan bisnes yang pihak MHH Hidro jalan kan. Cuma untuk kepastian saya, Adakah setiap galian berkemungkinan adanya air atau perlu di siasat terlebih dahulu muka bentuk tanah lokasi ? dan berapa kos yang minimum ? boleh pihak shah jelaskan.. terima kasih.

SHAH 012-2717012 & 017-3326885 berkata...

Walaikomsalam. Paras dan lapisan air bwh tanah kebiasaanya bergantung kpd sesuatu lokasi @ kawasan, bukan semua tempat cadangan terdapat aliran air bwh tanah. Air bwh tanah selalunya berada di dalam lapisan Akueifer ianya adalah satu takungan besar ataupun kolam air di bawah lapisan bumi kita ini.

Jika lokasi cadangan anda di atas bukit kami sememangnya tidak mengesyorkan untuk kerja Pengerudaian dijalankan sbb peratusan hanya 20-30% sahaja lapisan Akuiefer berada di sana.Siasatan awal mmg penting.Dan jika kawasan tersebut berada di sekitar tanah landai dan rata/pamah peratus mendapat air bwh tanah berkemunkinan 50-50% ADA dan munkin TIADA.Tapi dari segi pengalaman kerja kami mencari bekalan air bawah tanah lebih kurang 5 ke 10 Tahun kami sudah boleh tahu sesuatu lakosi itu berpotensi ke atau tidak untuk mendapat air bawah tanah.

Manakala kos pula terbahagi kpd 3 bahagian,

PERTAMA Wang Deposit RM1000-1500 bergantung lokasi. Dgn wang deposit tersebut kami akn memulakan kerja-kerja pencarian dan pengerudian telaga air bawah tanah dan akan membuat sebanyak 4 kali percubaan sahaja bg mencari lapisan Akuiefer di kaw anda, sekiranya TIADA berjumpa atau bermaksud tiada air bayaran hanyalah setakat itu sahaja dan dikira HANGUS tidak dikembalikan atas sebab kerja-kerja yang telah kami jalankan tersebut.

KEDUA adalah baki bayaran setelah mendapat bekalan air bwh tanah bergantung pada SEBUT HARGA sesuatu kawasan yang kami berikan kepada anda.Harga juga bergantung kpd jenis kegunaan air diperlukan(Seandainya kegunaan Domestik atau rumah lebih murah daripada kegunaan kormesial lain seperti Ternakan,Tanaman,Industri) dan harga bergantung lokasi di Negeri dimana cadangan mengerudi air bawah tanah ingin dilakukan.

KETIGA kos untuk PAM (sama ada ingin menggunkan Elektrik Pam @ Water Pam) untuk mengeluarkan air dari telaga tersebut mestilah disedut menggunakan pam.Harga pam pula berganting kepada Jenama Pam / Jenis Pam / Kuasa Kuada (H.Power)/ Jarak sejauh mana air hendah dihantar.Kos tersebut dikira setelah kerja-kerja mengerudi air siap. Ataupun kos pam asas hanya boleh menyedut air macam dalam gambar, angaran harga RM 500-600 sahaja.Sekian, Terima Kasih.

SHAH 012-2717012 & 017-3326885 berkata...

Harga untuk Elektrik Pam asas sahaja angaran harga RM500-600.Terima kasih

Terdapat ralat dalam alat ini

TELAGA PAIP / TELAGA TIUB (PIPEWELL @ TUBEWELL)

TELAGA PAIP / TELAGA TIUB (PIPEWELL @ TUBEWELL)
GAMBAR TELAGA AIR TANAH YANG TELAH BERSIH

AIR YANG SUDAH BERSIH

AIR YANG SUDAH BERSIH
Gambar Bekalan Air Bawah Tanah Yang Sudah Bersih Dan Bebas Daripada Pasir

Contoh Elektrik Pam (0.5Kuasa Kuda)

Contoh Elektrik Pam (0.5Kuasa Kuda)
Kegunaan Air Untuk Menternak Ikan Ketutu @ Ikan Ubi @ Ikan Belontok Di Sekitar Kawasan Rumah.

Contoh Elektrik Pam ( 0.5 Kuasa Kuda)

Contoh Elektrik Pam ( 0.5 Kuasa Kuda)
Kegunaan Air Untuk Tanaman Pokok Herba.

Contoh Pam Air (Petrol 5 Kuasa Kuda)

Contoh Pam Air (Petrol 5 Kuasa Kuda)
Kegunaan Air Untuk Kediaman Dan Rumah Sewa Di Kpg Pasir, Petaling Jaya JANUARY 2009

KERJA-KERJA UJIAN PENGEPAMAN AIR

KERJA-KERJA UJIAN PENGEPAMAN AIR
Ujian Pengemanan Keluar Bekalan Air Bawah Tanah Akan Dilakukan Selama 60 Minit Hingga 120 Minit. Untuk Memastikan Bekalan Air BAwah Tanah Ada Dan Mencukupi Untuk Digunakan.

Contoh Pam Air ( Petrol 5 Kuasa Kuda)

Contoh Pam Air ( Petrol 5 Kuasa Kuda)
Kegunaan Air Untuk Ternakan Kandang Kambing Seluas 10 Ekar Di Tanjung Malim, Perak Pada MAC 2009.

AIR KEGUNAAN KILANG

AIR KEGUNAAN KILANG
Kegunaan Air Untuk Bengkel Menyimpan Kenderaan Di Dengkil, Selangor.

CARA-CARA KERJA

1. Kerja-kerja pengerudian dan pembinaan telaga air bawah tanah, eksplorasi cetek berdiameter kecil ini mengunakan kaedah Sistem Pengejetan iaitu menggunakan tekanan pancutan air dan tenaga manusia sepenuhnya untuk mengerudi lubang telaga.

(Lampiran Foto.1- Foto.4)

2. Pengerudian ini dijalankan untuk mencari lapisan akueiferiaitu satu lapisan air yang boleh digunakan untuk kegunaan domestik.

3. Lubang gerudi yang telah siap digali seterusnya akan dipasangkan dengan satu selongsong paip UPVC bersaiz 1 ½ inchi @ 40mmataupun 3 inci @ 80 mm bergantung pada permintaan pelanggan.Kemudian satu saringan atauskrin dengan kekerapan selang 2 cmsetiap satu akan dipasang ke didalam lapisan mengandungi akuifer ataupun air tanah tersebut.

(Lampiran Foto.1 & 2)

4. Bagi mengekalkan kualiti air tanah selamat untuk kegunaan domestic, kami telah memilih paip UPVC yang bermutu tinggi dan tahan mampat seperti berikut:-

Model BBB UPVC

Saiz PIPE 40mm PN12

Kelas “D”

SIRIM QAS to MS628 PT-1.1999

(Lampiran Foto.5 & Foto.6)

5. Selain dari Skrin UPVC kami juga akan memasang sejenis filtertambahan iaitu batu-batu gravel kecil tertentu setelah selasai kerja-kerja memasang paip UPVC kedalam lubang gerudi.

(Lampiran Foto.12)

6. Filter ini akan bertindak sebagai penapis silt danlempung bagi mengurangkan kehadiran silt dan lempung didalam saringan ataupun skrin.

7. Anggaran kedalaman minimum dan maksimum bagi kaedah pengerudian sistem Pengejetan ini adalah antara 10 M @ 33 kaki hingga30 M @ 100 kaki tetapi kebiasanya kedalaman lubang bergantung kepada dimana akueiferataupun paras air tanah di sesuatu kawasan berada.Bagi setiap kawasan yang lain paras air bawah tanah adalah berbeza.

8. Jangka hayat sesuatu telaga air bawah tanah adalah antara Sepuluh (10) hingga ke Dua Puluh (20) tahun dan bergantung kepada rutin selengaraan, penjagaan serta kegunaan. Manakala rutin penyelengaraan yang disyorkan adalah bagi setiap 10 @ 12 bulan sekali.

9. Setiap contoh air telaga bawah tanah yang diekstrakuntuk kegunaan domestik adalah digalakan untuk dihantar ke makmal bagi menguji dan memastikan kebersihan serta kandungan mineral, benda asing dalam air tersebut dapat diketahui.Dia ianya juga bergantung kepada permintaan pelanggan sendiri kerana melibatkan kos tambahan.

10. Untuk makluman bahan saringan @ skrin UPVC yang dipotong tidak akan bertindak balas dengan air tanah. Ini dapat memastikan kualiti air tanah yang di ekstrak untuk di kegunaan Domestik ataupun dihantar ke makmal bagi tujuan analisis adalah mewakili air yang sebenar.

MAKLUMAT SYARIKAT

NAMA SYARIKAT : MHH HIDRO ENGINEERING SERVICES

ALAMAT PEJABAT :

No.19 -1 (1st Floor)
Jalan Peniaga U1/34
Hicom Glenmarie
40150 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan

TARIKH DITUBUHKAN : 13 Jun 2008

NO.PEN. SYARIKAT SSM : SA0089643-X
NO. PEN. MOF : 357-02130067 / TB0215106
NO. PEN.CIDB : 0120100310-SL128279
NO.PEN PKK : *Dalam Proses Permohonan
NO. SIJIL PEROLEHAN : *Dalam Proses Permohonan
NO.PEN. KWSP : *Dalam Proses Permohonan
NO. KEAHLIAN DEWAN : *Dalam Proses Permohonan
PEMILIKAN EKUITI : Perkongsian / Bumiputera (100 %)
WEB SITE : www.MHHHidro.com &
E-MAIL : sales@MHHHidro.com /
NO.TEL BIMBIT : +6(010)-436 4742
+6(010)- 436 4743
* Sila tinggalkan sms jika talian sibuk @ tidak dapat dihubungi*
MODAL DIBENARKAN : RM 200,000.00
MODAL BERBAYAR : RM 50,000.00
NAMA BANK : (MAYBANK)
Malayan Banking Berhad

JENIS AKAUN : Akaun Semasa


NO.AKAUN : 512156502958

ALAMAT BANK : Pasar Borong, Selayang Utara,
Kuala Lumpur

Pernahkan Anda Mendapat Info Mengenai TIUBWELL @ PIPEWELL?